Cara Meningkatkan Jualan

Salam kepada pembaca sekalian,

Semestinya kita semua ingin menambahkan jualan di website kita. Jadi, tajuk artikel kali ini adalah berkenaan bagaimana cara untuk menambahkan jualan kita. Artikel ini dipetik daripada laman blog usahawan internet yang terkenal, iaitu Saudara Smartzul.

Ini adalah soalan cepu emas di kalangan usahawan internet. Soalan bagaimana untuk meningkatkan hasil jualan sesebuah produk merupakan satu persoalan yang sering difikirkan oleh mereka.

Sehinggakan pada satu tahap, mereka tercari-cari apakah formula sakti bagaimana untuk memecah kebuntuan perkara ini.

Jika anda salah seorang daripada mereka, hentikan sahaja pencarian anda itu. Kerana di dalam Internet Marketing, hanya ada dua cara yang perlu anda fokus untuk meningkatkan jualan produk, iaitu:

1. Trafik

2. Conversion Rate

Itu sahaja. Tak perlulah anda menyenaraikan 1001 cara yang lain andaikata dua perkara tersebut anda belum memenuhinya secara maksima. Sefemes mana anda, sehensem mana anda, sehebat mana pun produk anda, tapi kalau kedua-dua perkara tersebut hanya ala kadar sahaja, maka tiada gunanya..

Formula Meningkatkan Jualan

Jualan Besar = Trafik Tinggi x Conversion Rate Tinggi

Contoh:

Keadaan 1 – Katakan jumlah trafik ke laman web anda pada setiap bulan ialah 200 orang sahaja dan conversion rate laman jualan produk anda ialah 1%. Maka berapa orangkah yang membeli dengan kadar penukaran (conversion rate) tersebut? Ya, hanya dua orang sahaja. :)

Keadaan 2 – Setelah anda tingkatkan promosi laman web dan membaiki struktur laman jualan (termasuk copywriting), maka trafik bulanan yang anda dapat ialah sebanyak 3000 orang sebulan dan kadar penukaran ialah sebanyak 2%. Maka jumlah pembeli ialah sebanyak 60 orang.

graf keuntunganTengok, perbezaan hasil jualan adalah amat ketara dengan hanya mengubah dua pembolehubah tersebut sahaja iaitu jumlah trafik dan nilai conversion rate laman jualan.

Jadi, fokuslah pada promosi laman web iaitu mendapatkan trafik yang targeted dan sedikit demi sedikit tingkatlah kadar penukaran (conversion rate) laman web jualan anda kepada yang lebih tinggi.

Jelas, tiada rahsia besar di dalam persoalan ini. :)

Sekian.

* Tak tahu cara kira conversion rate? Tak tahu macam mana saya dapatkan jumlah pembeli untuk contoh di atas? Haa, apa kata anda cuba kira-kira dulu. Sekali sekala panaskanlah otak bahagian kiri tu. Hehe.. Nanti ada masa saya tulis satu artikel khas pasal kira-kira ni.

Begitulah hasil penulisan Saudara Smartzul yang mempunyai pengalaman luas dalam perniagaan internet. Jadi diharapkan dengan membaca artikel ini sedikit sebanyak boleh membantu sesiapa sahaja yang telah mencari cara terbaik bagi meningkatkan jualan.

Sekian buat kali ini.

Wassalam

Share

Did you enjoy this post? Why not leave a comment below and continue the conversation, or subscribe to my feed and get articles like this delivered automatically to your feed reader.

Comments

No comments yet.

Leave a comment

(required)

(required)


Spam Protection by WP-SpamFree