|
Terma dan
Syarat Pembelian
Berikut adalah
terma dan syarat untuk produk "Ebook Panduan Asas HTML ". Dengan setiap
pembelian produk ini, secara automatik anda terikat sepenuhnya terhadap
perkara-perkara tersebut.
1. Harga tetap
untuk produk ini adalah RM30.00, melainkan jika pihak
kami, AsasWebsite.com, melakukan sebarang promosi atau potongan harga
atau dalam maksud yang lain menurunkan kepada harga yang lebih murah,
maka harga akan kurang daripada jumlah tersebut. Pihak kami juga berhak
menaikkan harga apabila perlu dan bila-bila masa sahaja tanpa sebarang
pemberitahuan terlebih dahulu secara umum atau secara langsung.
2. Harga RM30.00
adalah untuk ebook sahaja. Lain-lain 'bonus' adalah bahan tambahan
semata-mata dan tidak tertakluk kepada harga produk ini.
3. Jika kami
dapati anda menggunakan ebook yang diperolehi daripada sumber yang
haram (cetak rompak), maka kami akan menggunakan apa sahaja cara
termasuk tindakan undang-undang. Produk ebook ini hanya
boleh diperolehi melalui laman web flashtutorialmalaysia.com atau
daripada reseller yang berdaftar sahaja.
4. Hanya pembeli
yang sah sahaja yang berhak menggunakan segala kelebihan dan bonus
eksklusif seperti yang dijanjikan di laman utama web ini.
Jaminan
Pulangan Wang
Tiada jaminan wang
dipulangkan untuk produk digital ini.
Penerimaan
Bayaran, Pesanan dan Link Download Ebook
1. Anda (pembeli)
mesti mengikut langkah-langkah pembelian yang telah diaturkan agar
proses penyemakan pesanan dan pengesahan bayaran tidak bermasalah.
2. Anda sebagai
pembeli perlulah memasukkan maklumat yang betul ke
dalam borang pesanan dan pengesahan bayaran di bahagian halaman
pembelian. Kegagalan anda melakukan hal ini dengan cermat akan
melambatkan proses pengesahan pembayaran dan penghantaran link download
kepada anda.
3. Link download
ebook mestilah dirahsiakan dan hanya 'milik' anda. Jika kami dapati
anda mengedarkan link download, kami akan bertindak tegas.
4. Sebarang
masalah dengan link download, file rosak (corrupt) atau sebagainya,
sila laporkan kepada kami dengan segera untuk kami selesaikan masalah
tersebut.
5. Kebiasaannya,
file ebook adalah tidak bermasalah, cuma talian internet pembeli yang
bermasalah menyebabkan file tidak dapat didownload dengan sempurna.
Maka, ia adalah di luar daripada bidang kuasa kami. Jika ia berlaku,
anda perlu mencuba sehingga dapat atau kami akan bantu anda melalui
beberapa alternatif lain.
- Tamat Terma &
Syarat -
Jika anda
bersetuju dengan Terma dan Syarat di atas, maka teruskan membeli Ebook Panduan Asas HTML ini.
Jika tidak
bersetuju, anda tidak digalakkan membeli Ebook Panduan Asas HTML ini
untuk mengelakkan ketidakpuashatian anda kelak.
|